Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) telah diluluskan oleh Kerajaan Malaysia untuk mengawal selia pemprosesan maklumat peribadi dalam transaksi komersial dan telah berkuatkuasa pada 15hb November 2013. Dalam urusniaga anda dengan Nurfa Group Sdn Bhd, Nombor Pendaftaran (1407708-V) dan ejen-ejen dibawahnya
(secara kolektif, adalah dirujuk sebagai “Nurfa” dalam Dasar Perlindungan Data Peribadi ini). Nurfa akan mengemukakan permintaan kepada anda supaya memberikan data dan maklumat mengenai diri anda kepada pihak Nurfa, ejen pemasaran dan penjualan dan pembekal-pembekal perkhidmatan yang dilantik untuk membolehkan Nurfa menjalani urusniaga dengan anda atau menyerahkan notis-notis yang perlu, perkhidmatan-perkhidmatan atau produk-produk berkenaan dengan perniagaan pihak Nurfa.
Data Peribadi dan Dasar Privasi Nurfa (“Polisi”)
Sila merujuk kepada maklumat-maklumat seperti tertera di bawah untuk permahaman anda berhubungan denganAkta Perlindungan Data Peribadi 2010:-
1. Pemerolehan, Kompilasi dan Penggunaan Data Peribadi
1.1 Data peribadi adalah semua data-data atau maklumat-maklumat yang diperolehi dan dibekalkan oleh anda
secara langsung atau tidak langsung.
1.2 Sepanjang transaksi dan urusan, Nurfa akan meminta dan memperolehi Data Peribadi daripada anda dari semasa ke semasa. Nurfa akan berkongsi Data Peribadi yang diperolehi kepada ejen pemasaran dan
penjualan, pembekal-pembekal perkhidmatan atau peguambela dan peguamcara yang dilantik. Nurfa akan menggunakan Data Peribadi yang diperolehi dengan mengikuti dan mematuhi Dasar Privasi ini. Data Peribadi yang diperolehi akan digunakan bersama dengan data-data atau maklumat-maklumat yang lain
untuk menaiktaraf pelbagai perkhidmatan, jualan produk, promosi dan pengiklanan.
2. Data Peribadi yang akan dikumpulkan oleh Nurfa.
2.1 Nurfa akan mengumpul pelbagai Data Peribadi termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat- maklumat
peribadi seperti berikut daripada anda pada setiap transaksi atau pada bila-bila masa selepas transaksi
tersebut:-
3. Cara-cara dan Penggunaan Data Peribadi
3.1 Semua data-data peribadi yang dikumpulkan oleh Nurfa akan digunakan mengikut cara-cara seperti yang
berikut dan cara-cara yang ternyata di bawah adalah tidak menyeluruh:
3.2 Nurfa akan berkongsi Data Peribadi anda dengan ejen pemasaran dan penjualan dan pembekal-pembekal
perkhidmatan yang dilantik untuk memperkenalkan produk-produk, untuk tujuan pengurusan danmenaiktaraf data pelanggan- pelanggan, untuk membekalkan perkhidmatan pelanggan, penilaiankepentingan pelanggan-pelanggan dalam pelbagai perkhidmatan dan jualan produk, promosi danpengiklanan dan melaksanakan penyelidikan atau kaji selidik kepuasan pelanggan.
4. Perlindungan Data Peribadi
4.1 Nurfa akan mengambil kesemua langkah-langkah berwaspada dengan usaha yang terbaik, dari segi
pentadbiran dan teknikal untuk melindungi data-data peribadi daripada sebarang kehilangan, kecurian, penyalahgunaan dan akses yang tidak sah, pendedahan, penggunaan, pengubahan atau pemusnahan.
5. Pengekalan Data Peribadi dan Akses
5.1 Nurfa akan mengekalkan dan menyimpan data-data peribadi anda sepanjang tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan-tujuan yang berlainan seperti yang tertera dalam Dasar Privasi ini melainkan tempoh pengekalan data-data peribadi yang lebih lama adalah dibenarkan atau dikehendaki di bawahundang- undang.
5.2 Untuk memastikan semua data-data atau maklumat-maklumat yang diperolehi atau dibekalkan dankeutamaan adalah dikemaskini, lengkap dan tepat, semua pembekal data-data akan diberikan hak danakses untuk mengemaskini, meminda, mengubah atau memansuhkan data- data peribadi dan maklumat- maklumat dan keutamaan- keutamaan pembekal-pembekal secara bertulis atau e-mel kepada BahagianJualan dan Pemasaran di alamat berikut:-
Nurfa Group Sdn Bhd
202101007409 (1407708-V)
No 19-2, PT 2382, Jalan PPP1, Pusat Perniagaan Perdana, 45300
Sungai Besar, Selangor E-mel: alongnoufaskin@gmail.com
5.3 Nurfa berhak untuk menolak permintaan anda untuk mengemaskini, meminda, mengubah atau memansuh data-data peribadi anda sekiranya pemprosesan permintaan tersebut adalah tidak munasabah, berulang-ulang, memerlukan usaha teknikal yang tidak seimbang, boleh menjejaskan atau membahayakan privasi orang lain, sangat tidak praktikal, tidak sah, tidak adil atau permintaan akses tidak
disarankan oleh undang-undang Malaysia.
5.4 Nurfa berhak untuk mengemaskini, meminda dan mengubah Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa.
ALL RIGHT RESERVED © 2026 Noufa Skin.
NOUFA SKIN SOLUTION SDN BHD
NO. 5A TINGKAT ATAS, PT 692, JALAN TPI, TAMAN PERDANA, 45300 SUNGAI BESAR, SELANGOR.
Disclaimer :
Facebook™️ or FB is a Registered Trademark of Facebook.com. The site noufaskinofficial.my is not affiliated with Facebook.com in any way, nor does they sponsor or approve any of products. All trademarks mentioned here are copyrighted by their respective owners